Thursday 5 April 2012

Mesyuarat Agung PIBG


beginilah sambutan ibubapa dalam mesyuarat agung yang telah dijalankan di sekolah. mungkin mereka yang tidak dapat hadir ada kerja yang perlu diuruskan. mungkin juga waktu petang tidak berapa sesuai diadakan mesyuarat agung kerana cuaca yang panas. harap dilain kali akan mendapat sambutan ibubapa bagi membincangkan agenda pendidikan demi kemajuan anak didik di Jenderak Selatan.

Thursday 22 December 2011

Sibuk

Cuti sekolah semakin hampir melabuhkan tirainya pada hujung bulan ini. Bermakna sesi persekolahan bagi tahun 2012 semakin menampakkan dirinya. Sudah pasti sekarang ini ibubapa sedang sibuk membuat 'survey', kedai mana yg menawarkan harga yg paling murah untuk pakaian sekolah anak-anak.
Ibubapa boleh menarik nafas lega kerana bayaran tambahan yg biasa dikutip sebelum sekolah dibuka ditangguhkan. Arahan kerajaan. Alasannya untuk mengurangkan beban ibubapa.

Guru-guru seperti tahun-tahun sebelumnya, sibuk dengan persiapan untuk menghadapi hari pertama persekolahan. Mesyuarat perkara wajib yg mesti dilaksanakan. Persiapan kelas, bilik-bilik khas, mengira kerusi meja murid cukup atau tidak, buku rekod mengajar, sukatan pelajaran dan macam-macam lagilah yang hendak disediakan.

Guru-guru juga sibuk menandatangani  skim baru SBPA. Yang berada di kawasan luar sekolah diarahkan balik untuk tandatangan borang. Tak tanda tangan tak naik gaji. Jika tanda tangan takut tak naik gaji kerana prestasi tak mencapai KPI. Akhirnya semua akur dengan tanda tangan sahaja. Risiko jangan difikirkan. Mungkinkah skim baru ini benar-benar menyuntik semangat kakitangan kerajaan amnya dan guru-guru khasnya untuk bekerja dengan lebih bersemangat dan berdaya saing yang tinggi serta kreatif dan inovasi bagi membawa anak didik ke arah kecemerlangan.

Orang politik bersama dengan penyokong masing-masing sibuk berkempen dan mempamerkan diri dalam aktiviti masyarakat kerana hendak memancing undi. Pantang ada kenduri kahwin, orang mati, dan apa sahaja melibatkan orang ramai maka akan terpacullah orang politik. Dalam bab politik ni orang Cina lebih bijak memanfaatkan peluang. Bangsaku ....malas nak komen.

Saturday 12 November 2011

Hooray Cuti Datang Lagi

Bestnya minggu ni, minggu terakhir persekolahan bagi sesi 2011. Isilah cuti anda dengan aktiviti berfaedah. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah..
  • mengunjungi saudara mara yang jauh dan dekat.
  • mengunjungi tempat-tempat menarik yg terdapat di seluruh Malaysia.
  • mengunjungi kedai-kedai buku dan perpustakaan
  • mengunjungi masjid dan madrasah untuk belajar ilmu agama.
  • dan lain-lain yang berfaedah

SELAMAT BERCUTI & JUMPA LAGI TAHUN 2012

INSYAALLAH